Thursday, July 5, 2007

GAJI MINIMA DI MALAYSIA ?

Sejak kebelakangan ini, kita sering terdengar dan terbaca di dalam media cetak dan elektronik mengenai tuntutan agar dasar gaji minimum dilaksanakan di Malaysia. Badan-badan yang berkaitan seperti Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan lantang menyuarakan tuntutan tersebut. Tuntutan ini dirasakan semakin relevan apabila Perdana Menteri merealisasikan tuntutan CUEPACS dengan mengeluarkan kenyataannya dalam perhimpunan hari pekerja kakitangan awam di Putrajaya pada 21 May 2007 mengenai kenaikan gaji pokok dan elaun bulanan kakitangan awam sebanyak 7.5% hingga 35% yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2007. Harus difahami bahawa pengumuman kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ini bukanlah satu gagasan atau dasar gaji minimum yang diperjuangkan oleh MTUC atau badan-badan organisasi yang lain.

Mengikut takrifan polisi gaji minimum yang dikeluarkan oleh "International Labour Organization" atau ILO, gaji minimum adalah satu amaun minimum yang ideal, yang harus dibayar oleh majikan kepada pekerjanya bersesuaian dengan keperluan minimum harian seseorang pekerja dan keluarganya. Kadar gaji minimum juga haruslah selari dengan keadaan ekonomi dan sosial semasa sesebuah negara. Bayaran yang dibuat adalah mengikut kadar kiraan bulanan, harian atau jam. Kira-kira lebih 90% negara di seluruh dunia mengamalkan dasar gaji minimum yang bersesuaian dengan sistem ekonomi negara masing-masing. Ada di antaranya telah menguatkuasakan dasar gaji minimum seawal tahun 1900-an. Negara Australia umpamanya telah menguatkuasakan dasar gaji minimum seawal 1904, manakala negara Amerika Syarikat pula telah memperkenalkan dasar gaji minimum sejak tahun 1938. Dasar gaji minimum ini bukan sahaja diterimapakai di negara-negara maju, malahan ia turut dilaksanakan di negara-negara dunia ketiga seperti Korea Selatan dan Sri Lanka.

Terdapat pelbagai kebaikan sekiranya dasar gaji minimum yang ideal dan manusiawi dapat dikuatkuasakan. Jika diukur daripada takrifan gaji minimum yang dikeluarkan oleh ILO, ia dengan jelas menunjukkan bahawa dasar gaji minimum merupakan salah satu kunci bagi menangani masalah kemiskinan serta dapat meningkatkan pendapatan bagi pekerja yang bergaji rendah. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang pekerja dan keluarganya.

Dasar ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada pekerja semata-mata, malahan ia juga memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Ini adalah kerana dasar gaji minimum boleh meningkatkan kuasa beli dan kadar belanjawan pekerja. Sebagai contoh, pekerja yang berpendapatan rendah sebelum ini, dapat memperuntukkan gajinya untuk berbelanja dan bercuti bersama keluarga. Selain itu, kebergantungan pekerja terhadap kerajaan juga akan berkurangan bilamana dengan pendapatan yang sesuai dengan keadaan semasa ekonomi serta sosial negara, maka pekerja dapat mengatasi beban kewangan yang ditanggung serta tidak bergantung kepada dasar kebajikan kerajaan semata-mata. Kesannya, pihak kerajaan mempunyai peruntukan dana yang lebih untuk disalurkan kepada sektor yang lebih mendesak serta memerlukan.

Dari perspektif hak asasi manusia pula, Perkara 23 Perisyitiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) menyatakan, setiap orang tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak kepada penggajian yang sama bagi kerja yang sama. Semua orang juga berhak kepada saraan yang adil dan berfaedah yang dapat memastikan diri dan keluarganya mendapat suatu kehidupan yang wajar dan manusiawi. Justeru, dalam konteks pekerja asing umpamanya, pelaksanaan gaji minimum dapat mengelakkan eksploitasi majikan yang memberikan kadar upah yang amat rendah kepada pekerja asing seperti yang berlaku pada masa ini. Secara tidak langsung, gaji yang adil dan saksama juga menjamin seseorang pekerja itu dapat memenuhi tuntutan keperluan asasnya yang lain seperti hak terhadap tempat kediaman yang wajar, hak untuk berehat dan berekreasi serta hak kepada kemudahan kesihatan dan jaminan sekuriti sosial, ini semua merupakan hak asasi setiap individu yang harus dijamin serta dilindungi oleh sesebuah negara.

Sungguhpun dasar gaji minimum ini dikatakan banyak membawa kesan positif, terdapat juga beberapa pihak yang membantah perlaksanaan dasar ini. Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) umpamanya, berpendirian bahawa penetapan gaji para pekerja di sektor swasta berkait rapat dengan prestasi syarikat. Pastinya, bagi sesebuah syarikat korporat, produktiviti serta keuntungan syarikat merupakan aspek utama yang mempengaruhi kadar penetapan gaji kakitangan mereka. Sungguhpun demikian, adakah wajar sekiranya atas dasar produktiviti dan prestasi, maka pengawal keselamatan umpamanya diberi ganjaran gaji serendah RM400 di sesetengah syarikat swasta? Bagaimanakah 10.3 juta rakyat malaysia yang bekerja di sektor swasta berupaya menampung kehidupan mereka sedangkan mereka ini tidak diberikan kadar pendapatan yang manusiawi dan wajar? Bukankah ini akan hanya membunuh produktiviti para pekerja serta menurunkan minat pekerja untuk menyertai sektor swasta di negara ini. Sepertimana kenyataan Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar baru-baru ini di dalam media, para majikan perlulah sensitif kepada para pekerjanya terutama sekali dengan mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang berbahaya, kotor dan sukar.

Perjuangan bagi merealisasikan dasar gaji minimum di negara ini adalah satu perjuangan yang besar dan panjang. Ia tidaklah hanya melibatkan pihak yang memberi dan merima gaji semata-mata. Ia melibatkan pelbagai pihak.Pihak yang bertanggungjawab seperti MTUC yang mewakili kelompok besar kelas pekerja haruslah memainkan peranan yang aktif dalam memperjuangkan kempen-kempen gaji minimum. Bagi memperjuangkan satu amaun gaji minimum yang ideal, MTUC sebagai contoh, haruslah melihat dan mempertimbangkan dasar ini dari pelbagai sudut. Kajian yang terperinci mestilah dilakukan sebelum mengadakan sebarang tuntutan. Hasil dari perbincangan saya bersama wakil UNISON, Dave Watson, di Scotland beberapa bulan yang lalu, beliau memberitahu bahawa perjuangan bagi merealisasikan tuntutan dasar gaji minimum di United Kingdom ini telah mengambil masa selama lebih sepuluh tahun. Ini termasuklah usaha meningkatkan kefahaman pimpinan kesatuan sekerja serta akar umbi mengenai kepentingan serta cabaran-cabaran dalam melaksanakan dasar gaji minimum. Kempen mengenai kepentingan dasar gaji minimum mestilah dilakukan secara konsisten dan haruslah tersebar kesemua lapisan masyarakat. Beliau juga menegaskan bahawa kajian-kajian yang terperinci haruslah dilakukan dengan melibatkan pelbagai pihak. The Scottish Low Pay Unit (SLPU), sebuah organisasi independen, merupakan antara penggerak utama usaha melobi pelaksanaan gaji minimum di sana bilamana organisasi ini telah melahirkan kajian-kajian penting yang mengaitkan isu gaji pekerja yang rendah dengan kadar kemiskinan di Scotland, lantas mengukuhkan lagi gerakan memperjuangkan dasar gaji minimum di Scotland.

Perundingan serta perbincangan yang serius bersama pakar-pakar ekonomi dan golongan intelektual serta akademik juga haruslah dilakukan bagi memutuskan satu anggaran siling pendapatan yang ideal bagi seseorang pekerja. Tidak hanya dengan meletakkan suatu kadar gaji minimum secara sembrono, perbincangan ini mestilah turut meliputi aspek-aspek yang lebih luas seperti kos sara hidup mengikut kedudukan demografi, pecahan guna tenaga mengikut kemahiran, umur dan faktor-faktor lain yang relevan.Ini adalah supaya sebarang syor mengenai dasar gaji minimum dapat diperkukuhkan agar berupaya meyakinkan pihak kerajaan bahawa dasar ini sememangnya wajar dan diperlukan di Malaysia. Perundingan dan perbincangan bersama pihak kerajaan pula mestilah dilakukan dengan aktif dan berterusan.

Dasar gaji minimum tidak dapat lari dari aspek perundangan. Matlamat pelaksanaan dasar gaji minimum ini mestilah direalisasikan melalui penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan. Peruntukan mengenai pembayaran gaji yang terkandung di dalam Akta Pekerja 1955 haruslah dikaji serta dipinda. Dasar gaji minimum ini pula mestilah digubal menjadi satu akta Parlimen. Adalah diharapkan agar kesatuan sekerja dapat berbincang bersama badan undang-undang seperti Majlis Peguam umapamanya, ke arah melahirkan dasar gaji minimum yang berkesan dari sudut perundangan. Dalam hal ini, inisiatif yang diambil oleh gerakan wanita merangka rang undang-undang alternatif bagi menangani gangguan seksual sebagai salah satu strategi untuk melobi penggubalan undang-undang gangguan seksual, bolehlah dicontohi oleh golongan pekerja dalam meneruskan usaha menggesa kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum.

Agenda dasar gaji minimum mestilah disebar secara aktif di segenap lapisan pekerja. Setiap hasil perbincangan yang dipersetujui mestilah disebarluas melalui penulisan di media. MTUC dan badan-badan lain harus bijak mendapatkan ruang di dalam media cetak dan elektronik bagi menyebarkan agenda dasar gaji minimum ini. Kesatuan sekerja yang bernaung di bawah MTUC pula haruslah menyebarkan kepada semua pekerja mengenai dasar gaji minimum dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Bagi pekerja yang tidak mempunyai kesatuan pula, mereka ini tidak harus dipinggirkan dan menjadi tugas MTUC untuk menyebarkan agenda ini kepada golongan tersebut. Ini adalah bagi memastikan perjuangan menuntut dasar gaji minimum di Malaysia tidak hanya dipelopori oleh pimpinan atasan kesatuan sekerja semata-mata bahkan perjuangan ini haruslah menyeluruh dan melibatkan semua lapisan pekerja.

Kesimpulannya, adalah menjadi satu anugerah yang tidak ternilai untuk para pekerja di negara ini jika dasar gaji minimum dapat dikuatkuasakan oleh kerajaan. Namun begitu, bagi memastikan dasar ini tidak menjadi edisi "tangkap muat" terbaru kerajaan, penguatkuasaan gaji minimum haruslah berteraskan dasar yang melindungi hak pekerja dengan mekanisme penguatkuasaan yang adil dan telus. Pelaksanaan dasar gaji minimum di Malaysia mampu mencatat satu sejarah penting dalam gerakan pekerja seterusnya menjadi nadi penting kepada perjuangan pekerja yang seterusnya.

(Tersiar di kl.pos dan Suara Keadilan)

3 comments:

Unknown said...

Hello Semua orang,
Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah Meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman Telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan Tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Kerana saya Telah terkejut i adalah yang pertama untuk menjadi mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda yang terletak di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menyentuh Mr Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama ......
Nama tengah .....
2) Jenis Kelamin: .........
3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
4) Tempoh Pinjaman: .........
5) Negara: .........
6) Alamat Rumah: .........
7) Nombor Telefon: .........
8) Alamat e-mel ..........
9) Pendapatan Bulanan: .....................
10) Pekerjaan: ...........................
11) Yang laman web adakah anda di sini tentang kami .....................
Terima kasih dan salam mesra.
E-mel Derek osmanloanserves@gmail.com

Heny Sulistyowati said...

KABAR BAIK !!! KABAR BAIK !!! KABAR BAIK!!!

Nama saya Heny Sulistyowati, dari Jawa Barat di Indonesia, saya adalah seorang Muslim taat yang ingin saya gunakan
Media ini mengingatkan semua orang tentang pinjaman yang berusaha berhati-hati terhadap penipu karena mereka ada dimana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya mengalami kerugian finansial secara finansial, dan karena kebutuhan, keputusasaan dan kemiskinan saya, saya dikenai scam oleh beberapa perusahaan pinjaman online. Saya kehilangan harapan tidak sampai seorang teman saya menghubungi saya kepada pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ms. Daniel Mirabel yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp 317.000.000 dalam 24 jam tanpa tekanan, mula-mula seperti mimpi bagi saya sampai saya melihat Peringatan dari cicilan pertama saya 2 jam setelah saya melamar. Saya mendorong sesama orang Indonesia yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi IbuMirabel melalui:
mirabeldanielloanfirm@gmail.com
Awas!

Anda juga dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut via:

Email: henysulistyowati009@gmail.com
Facebook: Heny Sulistyowati
nomor telepon: +6281556715166
Hangout: Heny Sulistyowati

"ISKANDAR LENDERS" said...

= Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Komersial dan Pengembangan Keuangan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Swasta, Pinjaman Pembiayaan Kembali Rumah dengan suku bunga rendah per tahun untuk perorangan, perusahaan dan badan hukum . Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus Hubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
Hanya WhatsApp: (+ 44) 7480 729811
Tel .... (+ 44) 7480 729811
Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)